Online Diary Walk with me to Jannah

Asy syirkul ashghar (syirik kecil)

Assalamualaikum 

"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.
(HR Imam Ahmad)
"Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." 
(HR Ibnu Majah)
Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (memperdengarkan amalnya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” 
(HR Bukhari dan Muslim)    
Tiada apa yang lebih ditakuti selain dari perasaan yang satu ni. Ia nya halus. Tanpa sedar ada dalam diri kita. Mungkin kita pernah lakukannya, tanpa sedar. Tanpa sedar kita sudah melakukan syirik kecil. Allah. 
 
Contoh paling senang ada nya perasaan halus ni dalam diri kita, bila mana kita mampu untuk membeli barangan yang berjenama, contohnya beg Guess, LV, Carlo Rino, Coach dan lain lain walaupun kita tidak tayang di media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya. Tapi bila kita keluar jalan, pasti ada mata mata yang melihat beg kita kan. Nahh! pasti ada segelumit rasa bangga di dada kita bukan? Kalau langsung tiada, alhamdulillah. Jika ada? itu yang kita harus perbaiki.
 
Jujur kata saya rasa takut untuk beli barangan yang berjenama. Huhu. Kalau dulu, ya, itu lah yang selalu diidam, diimpikan. Saya takut diri ni tidak mampu untuk mengawal rasa bangga, walau sekecil zarah. Allahu. Saya manusia, anda manusia, manusia mana yang langsung tiada perasaan bangga seperti itu? Tapi jika anda mampu mengawalnya, alhamdulillah. Mungkin saya boleh belajar dari anda :) 
 
 
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen