Online Diary Walk with me to Jannah: New Chapter, InshaAllah.

New Chapter, InshaAllah.

 
 
Sobahul khoir! 
" Perubahan itu perlu dalam kehidupan sekiranya ia boleh membuatkan kita sedar hakikat kehidupan kita yang selalu dan hanya akan bergantung pada Al-khaliq Maha Pencipta''. 
Memandangkan diri ini bertekad untuk berhijrah dari diri yang dulu kepada yang baru, yang lebih baik inshaAllah maka blog ni pun akan di isi dengan benda-benda yang bermanfaat dan berfaedah hendaknya. InshaAllah. 
Semua post-post lama sudah pun dipadam. Benda-benda yang tidak berfaedah tu biarlah kita buang jauh-jauh. Tidak payah kutip lagi. Post yang baik-baik saja, semoga dapat memberi manfaat kepada penulis dan pembaca blog ini. InshaAllah :) 
 Memang berubah itu susah tapi tidak mustahil. Boleh jadi juga berubah itu senang tapi untuk kekal istiqomah dalam perubahan itu yang memerlukan seribu satu pengorbanan. Tapi asal redha Allah ada bersama apa pun sanggup untuk ku tempuh. InshaAllah taala :) 

Jom hijrah!
 
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen