Online Diary Walk with me to Jannah: Hakikat rezeki

Hakikat rezeki

 
 
 
Memang benar apa yang dikata. Muhasabah diri bila mana diri ni banyak merungut tidak cukup itu dan ini. Sedangkan tidak pernah sehari pun diri ni rasa lapar atau dahaga. Allah sentiasa bagi makan dan minum yang cukup. huhu. Kadang kadang kita ja yang selalu bazir makanan :( 

Mengenai masa pula. Sekarang ni bila sudah habis belajar dan tunggu masa untuk konvo ja memang banyak merungut konon nya bosan, tidak tahu mahu buat apa sebab asyik dirumah ja. Kaki ni pula asyik mahu jalan ke sana sini tapi sebenarnya itu lah sebahagian dari rezeki yang Allah beri pada diri ini. Astaghfirullah :( 

Syukur Alhamdulillah jumpa kata-kata / nasihat ni di instagram. Kalau tidak memang sampai bila-bila tidak akan pernah rasa syukur pada rezeki yang kita mungkin tidak anggap itu adalah sebahagian rezeki dari Allah swt.
 
Yang tukang post ni inshaAllah dapat pahala sebab boleh buat orang sedar dan kembali pada Allah. Dan memang begitu la sepatutnya. Apa yang kita post di laman sosial, harus la sesuatu yang boleh bawa kebaikkan pada kita dan orang lain untuk bekalan di dunia mahupun di akhirat.Kita dapat pahala, orang lain juga turut sama-sama meraih pahala. Niatkan semuanya kerana Allah. Semoga Allah bantu kita dalam memperbaiki diri masing-masing. InshaAllah. 

Selamat Menunaikan Solat Fardu Zohor :)

Ig saya : http://instagram.com/syazwanirahmat 

p/s : post yang baik-baik saja ya.
 
 





 
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen